D.U.D.A- DIA UNTUK DIRI AKU
291Pages
1Downloads

D.U.D.A- DIA UNTUK DIRI AKU

BLURB:

'Lesen' nak pegang-pegang dah batal.
Tapi asal jumpa Liayana, nalurinya selalu terseksa dengan gaya wanita itu.
“You tengok apa kat skirt I?” LIAYANA
Membawa gelaran status duda bukan kehendak Haiqal. Lebih-lebih lagi bila dirinya teracun dengan kata-kata emak sendiri.
Ya, dipaksa! Sebab mertua dan menantu tak sekufu.
Emak sendiri disayang. Bekas isterinya juga dia sayang. Itu yang terjadi kepada Haiqal selepas 3 bulan berpisah dengan Liayana.
Intanlah cuma alasan yang dia ada untuk berbalik semula dengan jandanya itu.
"I lelaki. Biar mati sejuk kat dalam ni pun I sanggup semata-mata nak jaga aurat you." HAIQAL
Cemburu sungguh. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu kawan baik sendiri cuba nak masuk jarum pikat bekas isteri.
“Betullah kau ni gila talak. Dah menduda pun masih lagi nak rasa diri tu masih suami orang. Kau jangan…. aku tak nak nanti Intan lari rumah sebab dapat tahu bapa dia gila. Kesian budak tu.” ZAMAN
Manakala Khairul kenalan baru bekas isterinya sudah isytihar mahu bertunang dengan Liayana. Bertambah tak tenteram hidup Haiqal. Cepat dia mengatur rancangan senyap-senyap.
"I sanggup bernikah semula kalau you sanggup ketepikan ego emak you untuk masa depan kita bersama." LIAYANA
Dapat pula jiran sebelah rumah yang terlebih peramah. Bikin masalah pada Haiqal.
Bila Intan terlepas cakap, keadaan jadi huru-hara.
Haiqal pilih jadi suami dan bukannya duda lagi. Lebih tepat, demi
kebahagiaan Intan dan Liayana.
Hanya satu kata putus daripada Liayana yang akan menentukan siapa pilihannya.
Haiqal, dudanya atau Khairul, si bujang kejutan?

Read Online Now

5/20/2026
Source: https://fliphtml5.com/ilhameksklusif/lild

Loading thumbnails...